TIPS PENYUSUAN ANAK PERTAMA
FREE SHIPPING* FOR ORDERS OVER RM140.00 !
TIPS PENYUSUAN ANAK PERTAMA

SEAWAL KELAHIRAN

1) Pentingnya SKIN-TO-SKIN contact

- Selepas kelahiran bayi pertama, ibu harus memanfaatkan skin-to-skin contact bersama bayi. Manfaatnya adalah:

a) bayi akan mengenalpasti bau ibu dan mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak

b) Salah satu langkah awal untuk kejayaan dalam penyusuan susu badan yang berterusan.

 

2) Belajar dan kuasai posisi penyusuan yang betul

- Posisi penyusuan yang salah akan menyebabkan penyusuan tidak berjaya, payudara sakit dan bayi meragam kerana tidak mendapat keperluan yang mencukupi.

 

3) Pastikan peralatan penyusuan yang lengkap

- Sebagai ibu untuk kelahiran pertama, ibu perlu menyediakan peralatan penyusuan seperti ‘breast pump’, milk storage dan botol pam.

 

SELEPAS KELAHIRAN

 

1) Amalkan konsep Supply & Demand

- Susukan bayi setiap 2 hingga 3 jam. Jika bayi tidur, kejutkan bayi.

- Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.

- Sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi, kerapkan penyusuan kerana pada waktu ini, pengeluaran hormon prolaktin sangat tinggi.

 

2) Minum air secukupnya

- Ibu menyusu memerlukan kuantiti air yang lebih berbanding sewaktu tidak menyusukan. Minum air masak sekurangnya 10 gelas sehari bersamaan 2.5 hingga 3 liter.

- Air yang cukup dalam badan ibu akan menghalang ibu daripada dehidrasi, sekaligus mengurangkan penghasilan susu badan. Jadi, adalah penting untuk memastikan pengambilan air yang secukupnya oleh ibu untuk memastikan kejayaan penyusuan anak pertama.

 

3) Amalkan tandem pumping

- teknik menyusukan bayi pada sebelah payudara dan sebelah lagi pam pada waktu yang sama.

- teknik ini boleh meningkatkan pengeluaran susu badan kerana hormon prolaktin dan oksitosin akan meningkat hasil rangsangan sewaktu bersama bayi dan stimulasi pam.

 

4) Menyusu atau mengepam lebih lama

- mengepam dan menyusu bayi lebih lama akan merangsang pengeluaran susu yang lebih tinggi kalori, yang mengandungi keperluan nutrien yang mencukupi untuk bayi.

- ambil masa menyusu/mengepam sekurangnya 15 hingga 20 minit sebelum beralih ke payudara sebelah. Tempoh pam/penyusuan yang kurang daripada 15minit,  hanya akan mengeluarkan foremilk, susu yang hanya untuk memenuhkan perut tetapi tidak mengenyangkan bayi.

 

5) Kenalpasti makanan yang perlu dielakkan

- Antara makanan yang perlu dielakkan sewaktu penyusuan:

a) Makanan yang pedas

b) Makanan yang menyebabkan angin (Contoh: kobis, brokoli, kekacang)

c) Minuman berkafein (teh, kopi, air gas)

d) Makanan citrus (Contoh: lemon, limau)

- Makanan makanan yang disenaraikan berkemungkinan memberi kesan kembung dan tidak selesa kepada perut bayi, jika berlaku sedemikian, ibu perlu berjaga dalam soal pemakanan.

 

6) Masalah susu badan kurang

Ramai mommies yang masih mengalami masalah susu badan kurang, meskipun telah mengepam dengan kerap dan minum air masak yang mencukupi. Badan yang penat, letih dan stress tidak mampu menghasilkan susu badan dengan baik. Jadi, mommies digalakkan untuk minum  MOMMA® Pregolact® setiap malam sebelum tidur bagi membantu melancarkan susu badan. 

 

 MOMMA® Pregolact® mengandungi 14 vitamin dan mineral , membantu melancarkan saluran kilang susu ibu, menjadikan saluran susu ibu lebih lancar dan susu badan lebih banyak sehingga 2-3x ganda. 

 

Dapatkan  MOMMA® Pregolact® pada harga promosi, diskaun sehingga RM48 + FREE GIFT + FREE POSTAGE juga tau!

Macam mana nak dapatkan MOMMA® Pregolact®?

dapatkan terus di website kami  >>Klik  https://goo.gl/wzcsC9