7 Tips Susu Meriah Semasa Berpuasa Bagi Ibu Berkerjaya
FREE SHIPPING* FOR ORDERS OVER RM140.00 !
7 Tips Susu Meriah Semasa Berpuasa Bagi Ibu Berkerjaya

Ramadhan telah tiba, pasti setiap ibu teruja. Inilah waktu yang dirindui setiap muslim, dapat berpuasa dan beribadah pada bulan yang penuh mulia. Namun, bagi ibu menyusu pasti timbul rasa bimbang, bukan? Pasti akan terdetik sedikit rasa bimbang apabila memikirkan bagaimana mereka akan menyusukan si kecil sedangkan anda terikat dengan ibadah puasa.

Puasa kali ini pasti mendebarkan kerana kemungkinan susu akan merudum /‘drop’. Susu ibu biasanya akan merudum sekiranya ibu berpuasa. Manakan tidak, ibu tidak minum air secukupnya!

Apakah dugaan paling berat untuk ibu menyusu ketika Ramadhan? Biasanya kepenatan adalah dugaan yang berat untuk ibu menyusu. Pastikan mommies bersedia. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan persediaan etika menghadapi Ramadhan nanti.  Dengan tips dan persediaan yang ada ini, diharap para ibu dapat menghadapi Ramadhan dengan lebih bersemangat. Para ibu tidak perlu mengorbankan Ramadhan, dan tidak perlu mengorbankan penyusuan sekiranya membuat persediaan lebih awal!

Tips ini untuk anda ibu-ibu menyusu yang berkerjaya seperti anda!

PERSEDIAAN KETIKA RAMADHAN – HADAPI RAMADHAN DENGAN GEMBIRA!

1) Bertenang dan berfikiran positif

Tenang dan jangan terlalu stress, buat seperti biasa dan fikirkan sentiasa ada rezeki untuk anak.
Mindset sangat mempengaruhi penghasilan susu. Ia melibatkan 2 hormon iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Hisapan bayi/pam menghasilan hormon Prolaktin yang meransang kelenjar susu untuk menghasilkan susu. Oksitosin pula menyebabkan otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu.

Amalkan Doa ini ketika mengepam atau menyusukan anak

 

2) Pasang niat dan berdoa kepada Nya

Pasang niat dan berdoa kepada Nya supaya dipermudahkan urusan anda berpuasa, dan pada masa yang sama dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Ya Allah, bantulah aku agar dapat menjalani ibadah puasa dan permudahkanlah aku menyusukan anakku ”

3) Wajib Bangun Sahur

Wajib bangun bersahur. Jangan abaikan sahur. Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat & lengkap dengan protein, karbohidrat, sayur-sayuran ketika bersahur. Elakkan pengambilan makanan ringan sebagai alas perut ketika bersahur. Percayalah anda sangat memerlukan tenaga di sepanjang hari, jadi pengambilan makanan yang berat dan berkhasiat penting ketika bersahur untuk ibu menyusu.

Pastikan anda mengambil susu MOMMA® Pregolact® ketika bersahur untuk tenaga sepanjang hari.

4) Minum lebih banyak air 

Paling penting, pastikan anda minum lebih banyak air di antara waktu berbuka dan sahur esok harinya. Sekurang-kurangnya 3 liter air sehari diperlukan. Anda mungkin berasa mual kerana terpaksa meminum banyak air masak dalam jarak waktu yang singkat. Pelbagaikan jenis minuman anda seperti meminum susu  MOMMA® Pregolact® , atau jus buah-buahan.

Elakkan minuman bergas kerana ia boleh mengganggu proses penyusuan anda. Dalam keadaan cuaca yang agak panas, pastinya anda terbayang-terbayangkan minuman sejuk dan manis di waktu berbuka nanti. Cuba kurangkan meminum minuman yang manis, tapi lebihkan air masak atau jus buah tanpa gula

5) Jaga jadual mengepam

Pastikan anda tidak culas dan kekal mengikut jadual mengepam susu anda pada jarak waktu 3-4 jam sekali sekiranya anda bekerja. Pada hujung minggu, kerapkan susukan bayi anda. Sesi mengepam susu boleh dimulakan seawal sebelum atau selepas sahur kerana pada waktu ini kuantiti susu yang lebih banyak dapat dihasilkan.

6) Makanan lengkap dan penuh nutrisi

Makan makanan yang lengkap mengandungi protein, karbohidrat ketika berbuka untuk membantu penyusuan anda. Elakkan mengambil kuih muih yang terlalu manis berlebihan. Perbanyakkan makan sayur-sayuran hijau ketika berbuka. 

Anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan yang tinggi kandungan airnya seperti tembikai, oren, tembikai susu, dan anggur ketika waktu sahur atau berbuka. Lebihkan pengambilan sayur hijau dan sayuran yang tidak berkanji – sawi, kangkung, dan salad bagi mengelakkan anda sembelit.

7) Minum segelas MOMMA® Pregolact®

​Minum segelas susu khas untuk ibu menyusu; MOMMA® Pregolact® ketika bersahur atau berbuka. MOMMA® Pregolact® mengandungi 14 Vitamin & Mineral khas untuk meningkatkan tenaga, banyakkan susu badan & pekatkan susu badan anda. 

Bagi ibu menyusu, minum susu penting untuk menggantikan kalsium yg hilang dari badan ketika hamil & menyusu. Bancuh segelas susu MOMMA® Pregolact®  untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

 Pengalaman  Puan Nor Hernamawarni Abdul Majid, salah seorang pengguna MOMMA® Pregolact®;

“Jika susu anak dan nak puasa, sy sarankan minum MOMMA® Pregolact®..Alhamdulillah boleh puasa tanpa lapar sangat..susu pun tak drop..sy susu dua org lagi, bukan kembar.. tapi kakak dan adik…sangat syorkan pada yg tak boleh minum susu..coklat yang sedap..Alhamdulillah” – Puan Nor Hernamawarni Abdul Majid

Sampai di sini dululah perkongsian dari kami. Kami berharap para ibu semua berjaya menyusu sehingga 2 tahun.

In sha Allah, dengan tips dan persediaan yang ada ini, kita pasti dapat menghadapi Ramadhan dengan lebih tenang & gembira. Pada Ramadhan tahun lepas Mama Amy berjaya berpuasa penuh sambil menyusu. Tiada masalah sebenarnya. Buat persediaan
awal. Jom kita raikan Ramadhan.

Untuk mendapatkan MOMMA® Pregolact® pada harga PROMOSI RAMADHAN & Percuma Beauty Serum .  Klik sini >> tempah sekarang!