7 Tanda Bayi Cukup Susu
FREE SHIPPING* FOR ORDERS OVER RM140.00 !
7 Tanda Bayi Cukup Susu

SI MANJA SAYA CUKUP MENYUSU KE NI?

 

JOM TENGOK 7 TANDA-TANDA NI >>

 

Bayi yang cukup menyusu tentu happy, sihat dan tak banyak meragam, kan mommies?

Susu ibu sangat penting untuk tumbesaran, perkembangan otak dan antibodi si manja. Tentu sekali setiap ibu mahukan khasiat terbaik untuk si manja. Kan mommies?

 

Mommies boleh tengok tanda-tanda ni pada bayi kesayangan mommies untuk memastikan si manja mendapat susu yang cukup.

 

1. Bayi kerap buang air kecil dan lampin berat. Lampin perlu kerap ditukar lebih dari 6x sehari. Biasanya air kencing kuning jernih.

 

2. Bayi buang air besar dengan kerap. Antara 3-8x sehari. Jadi, bagi bayi yang baru lahir mommies tak perlu risau kalau kerap buang air besar. Biasanya bukannya cirit birit.

 

Tetapi, sekiranya lebih dari 10x dan nampak tidak selesa segera dapatkan rawatan ye.

 

Kekerapan buang air besar ni akan berkurang bila bayi semakin besar iaitu umur lebih dari 1 bulan.

 

3. Bayi nampak sihat dan cergas bila berjaga. Bila tidur, dia nyenyak..tak menangis dan tidur tak terganggu ...

 

Macam kitalah, kalau tidur masa lapar mesti tak selesa kan?

 

Jangan keliru ye mommies, bayi yang demam kuning akan tidur lebih lama dan kerap, mommies perlu kerap kejutkan utk menyusu.

 

4. Tona otot yang baik dan kulit yang sihat. Biasanya memang boleh lihat jelas, bayi yang tidak cukup susu, kulitnya agak kering dan kurang anjal. Mulut juga agak kering.

 

5. Bayi yang tidak cukup susu memang kelihatan tidak selesa dan kerap menangis. Walaupun selesai menyusu, bayi masih tak selesa dan lapar.

 

Periksa cara lekapan, cara lekapan yang salah menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan betul dan sekaligus tidak puas menyusu.

 

6. Berat badan bayi naik secara normal. Jangan bandingkan berat bayi premature atau low-birth-weight bayi dengan bayi normal. Bayi yang lahir kurang dari 2500g adalah dikira sebagai low-birth-weight baby.

 

Premature biasanya lahir kecil. Tetapi yang penting adalah kenaikan berat badan bayi mommies adalah normal.

 

Apa kenaikan yang normal?

 

Berat bayi lazimnya meningkat 100-200g seminggu utk 1 bulan pertama kelahiran, pada bulan seterusnya sehingga 1 tahun berat bayi meningkat antara 85-104g.

 

Berat badan bayi perlu meningkat sebanyak 600g dari lahir hingga dia berusia 1 bulan. Sekiranya berat badan bayi kurang dari ini, mommies perlu tingkatkan penyusuan susu ibu :)

 

7. Cara lebih mudah nak monitor berat badan bayi, masa umur bayi 5-6 bulan, berat sepatutnya meningkat 2x ganda dari berat semasa lahir, dan 3x ganda apabila bayi berumur 1 tahun.

 

 

Mommies alami masalah susu kurang, dan nak banyakkan susu bdn dengan lebih cepat? Dapatkan MOMMA Pregolact.

MOMMA Pregolact berfungsi:

✔ Melancarkan salur susu, dan meningkatkan pengeluaran susu

✔ Menjadikan susu lebih pekat dan sarat dengan nutrisi, maka bayi akan cepat kenyang dan kenyang lebih lama

✔ 5x lebih cepat diserap dalam badan dan memberikan kebaikan yang optimum

 

Sempena ulang tahun ke-4 MOMMA® Pregolact®, Mama Amy nak tolong anda untuk dapatkan susu MOMMA® Pregolact® dengan harga diskaun sehingga RM48.

 

Mama Amy akan bagi FREE GIFT & FREE POSTAGE juga tau!

 

Macam mana nak dapatkan MOMMA® Pregolact®?

dapatkan terus di website kami  >>Klik https://goo.gl/wzcsC9