6 Cara Banyakkan Susu Badan
FREE SHIPPING* FOR ORDERS OVER RM140.00 !
6 Cara Banyakkan Susu Badan

Khasiat susu ibu kepada bayi tiada tandingannya walau secanggih mana pun teknologi masa kini. Sehingga hari ini, pengamal perubatan berpendapat susu ibu masih yang paling terbaik buat bayi. Jadi tidak hairanlah kenapa setiap ibu mempunyai keinginan yang kuat untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Apabila susu kurang, ibu mula tercari-cari cara banyakkan susu ibu. Kami sediakan 6 cara banyakkan susu ibu untuk anda.

 

Konsep Demand dan Supply
Susukan si manja dengan kerap mengikut pemintaan si manja. Namun, kenalpasti punca si manja menangis, lapar bukanlah satu-satunya punca si manja anda menangis. Kenali konsep demand dan supply iaitu semakin penyusuan berlaku semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Menurut The Baby Book, 2003 penyusuan susu dengan kerap dapat meransang hormon prolaktin untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

 

Elakkan Stress
Berfikiran positif dan dapatkan sokongan keluarga. Tahukah ibu, kekurangan sokongan dalam penyusuan susu ibu boleh menyebabkan ibu berasa tertekan dan secara tidak langsung mengganggu penghasilan susu ibu. Dapatkan sokongan dari suami.

 

Air Masak 3-4 liter
Cara banyakkan susu badan paling penting adalah minum air masak yang cukup. Minum 3-4 liter sehari bagi memenuhi keperluan badan dan penghasilan susu ibu yang sebahagian besar komposisinya terdiri dari air. Pengambilan jus buah-buahan tanpa ais adalah sangat digalakkan. Di samping rasa yang lebih sedap, juga terkandung pelbagai vitamin di dalamnya.

 

Jadual Pam
Menyusun jadual sesi pam bagi ibu-ibu yang bekerja. Pastikan anda mengepam susu setiap 3-4 jam di pejabat. Rata-rata ibu mengalami penurunan susu badan yang mendadak diakibatkan oleh jadual mengepam susu yang tidak menentu. Susun jadual kerja anda, berikan sedikit masa 15-20minit untuk mengepam susu.

 

Makan Makanan Berkhasiat
Dapatkan nutrisi yang cukup bagi keperluan anda dan si manja. Susunlah jadual aktiviti harian anda supaya jadual waktu makan tidak terganggu.Dalam kehidupan harian yang memerlukan pergerakan yang pantas, dan aktiviti yang pelbagai pasti adakalanya anda gagal memenuhi keperluan makanan. Perut yang lapar dan kosong secara tidak langsung boleh menjejaskan penghasilan susu.

 

Minum Susu MOMMA® Pregolact®
MOMMA® Pregolact® mengandungi bahan semulajadi yang bertindak sebagai milk booster. Ianya diformulasi khas untuk ibu hamil & menyusu supaya susu badan lebih lancar dan banyak. Bukan sekadar milk booster, MOMMA® Pregolact® melengkapkan nutrisi yang kurang pada badan ibu dan menjadikan ibu lebih bertenaga untuk menyusu dan membuat aktiviti-aktiviti rumahtangga.

Ini adalah antara cara banyakkan susu badan selepas bersalin yang cepat dan berkesan.

 

Menurut kajian amalan minum susu ketika hamil dan menyusu dapat meningkatkan lagi kualiti susu badan.Sekiranya anda seorang ibu menyusu, susu adalah salah satu keperluan dalam diet pemakanan anda. Susu mempunyai nutrisi yang secukupnya. Susu mengandungi kalsium, vitamin D dan banyak lagi khasiat yang terkandung dalam susu. Ibu menyusu perlu meminum susu bagi menggantikan kalsium dan nutrisi yang hilang dalam badan ketika hamil dan menyusu.  Bayi juga akan berkongsi nutrisi yang lengkap. Susu dapat membekalkan tenaga, dan mengurangkan keletihan. Di samping itu, susu juga mengenyangkan