5 Tanda Susu Ibu Kurang
5 Tanda Susu Ibu Kurang
Mesti mommies seronokkan dapat menyusukan si manja, dan pastinya berhasrat nak menyusukan sehingga 2 tahun. Tahniah mommies, teruskan perjuangan ya!
Hari ni Mama Amy nak kongsi tanda-tanda susu ibu kurang, kalau susu ibu kurang, tentunya perkembangan baby akan terganggu.
Jom periksa tanda-tanda ni ;
1. Berat baby menurun atau tidak ideal
- Berat bayi lazimnya meningkat 100-200g seminggu utk 1 bulan pertama kelahiran, pada bulan seterusnya sehingga 1 tahun berat bayi meningkat antara 85-104g.
- Berat bayi perlu meningkat sebanyak 600g dari lahir hingga dia berusia 1 bulan.
- Sekiranya berat bayi kurang dari ini, mommies perlu tingkatkan penyusuan susu ibu :)
2. Bayi kurang membuang air kecil kurang dari 6 kali sehari
- Air kencing baby berwarna kuning jernih adalah tanda bayi mendapat cukup susu.
- Sekiranya lampin ditukar kerap, lebih dari 6x adalah normal namun sekiranya kurang dari 6x sehari, itu tandnya bayi mommies kurang minum susu.
3. Baby tidur tak lena dan kerap terjaga.
- Baby yang tak cukup susu akan tidur tak lena dan sangat kerap terjaga.
- Baby kelihatan tidak sihat, dan tona otot yang kurang baik.
- Bayi yang tidak cukup susu, kulitnya agak kering dan kurang anjal. Mulut juga agak kering.
4. Baby kerap menangis dan minta disusukan kerap
- Baby menyusu sekejap-sekejap, adakalanya tidak sampai 20 minit pada satu sesi, dan menangis lagi untuk disusukan.
- Sekiranya payudara tidak lembut selepas 20 minit penyusuan, periksa teknik lekapan.
- Baby mengempeng terlalu lama, dan kerap merengek kerana tidak cukup susu.
- Baby menyusu berlarutan sehingga lebih dari 30 minit, dan payudara telah lembut namun bayi masih kelihatan tidak puas menyusu.
5. Hasil mengepam yang sedikit
- Hasil pam yang sedikit dan tidak cukup untuk bayi. Penghasilan susu ibu tidak meningkat selepas lebih sebulan kelahiran adalah tanda-tanda susu ibu kurang dan tidak cukup untuk si manja.
Baby mommies alami 5 tanda-tanda di atas? Jom tingkatkan susu bdn supaya si manja kita dapat cukup susu dan membesar dengan sihat & gembira.