3 Punca Susu Badan Kurang
FREE SHIPPING* FOR ORDERS OVER RM135.00 !
3 Punca Susu Badan Kurang

Mommies pernah alami keadaan di mana susu badan menjadi kurang secara tiba-tiba? Mama Amy faham, tentu mommies rasa sedih dan risau kan...

Jangan cepat down ya. Mama Amy ada bersama untuk bantu mommies. Apa yang penting sekali, mommies perlu kenal pasti dulu punca yang boleh menggangu kelancaran produksi susu badan.

Jom baca apa yang Mama Amy nak share ini. Mama Amy harap sangat dengan perkongsian dan informasi di bawah, mommies dapat detect punca masalah ini lebih awal dan boleh ambil tindakan segera untuk tambahkan semula susu badan.

1. Cara Menyusu Tidak Betul
Mungkin mommies nampak si manja menyusu dengan betul tapi sebenarnya tidak! Mungkin si manja tertidur. Cara terbaik adalah mommies observe dan dengar bunyi hisapan bayi. Selain itu, lihat pergerakan rahangnya. Sesetengah bayi tidak menyusu dengan betul disebabkan ada perubahan rasa dalam susu ibu atau mengalami tongue tie. Amatlah penting untuk mommies periksa cara si manja menyusu. 

2. Susu Lambat Keluar
Bagi sesetengah “new-mommies”, susu badan akan lambat keluar atau dikenali sebagai delayed lactation. Namun, walaupun susu lambat keluar, ia tidak bermaksud susu badan mommies kurang. Kalau mommies stres disebabkan keadaan ini, akan semakin sedikitlah susu yang dihasilkan oleh kilang. Jadi, mommies boleh cuba ambil makanan yang boleh melancarkan salur susu dan menambahkan susu badan. 

3. Faktor Pemakanan
Mommies yang menyusui si manjanya perlulah menjaga diet pemakanan. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mommies sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat serta lebih ceria selepas penat menjaga si manja. Dalam masa yang sama, apabila mommies ambil makananan yang berkhasiat dan bernutrisi, ia dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan dan menjadikan susu mommies lebih pekat serta berkualiti yang mampu mengenyangkan si manja dengan lebih cepat. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan perisa, gula, dan garam yang tinggi terutamanyan makanan segera.

Sekarang mommies sudah tahu apa punca susu badan kurang kan? Don’t worry, jangan fikirkan benda atau perkara negatif yang boleh mendatangkan stres. Sebab apa?

MOMMA® Evermom™️ dapat membantu selesaikan masalah mommies yang mahu menambahkan susu badan yang kurang dengan cepat. Selamat menyusu Mommies!